Thursday 21 April 2016

PENGURUSAN HARTANAH

BROKER Haram Kaut Duit Jutaan Ringgit!!




MUKADIMAH MEMILIKI aset seperti rumah dan tanah sudah pasti menjadi idaman ramai.
 Namun dalam usaha untuk memilikinya ramai yang terperangkap dengan tipu daya ejen yang tidak berdaftar atau dikenali dengan ‘broker haram’ yang didapati mengaut keuntungan hampir mencecah jutaan ringgit menerusi kegiatan terbabit.

Tetapi apa yang lebih menyedihkan masih ramai yang menggunakan khidmat ‘broker haram’ apabila kadar penipuan semakin meningkat saban tahun.

Ikuti laporan khas wartawan Utusan Malaysia, MOHAMMAD YASIR JAAFAR bagi mendalami kesan serta punca masalah ini masih berlaku dan bagaimana pembeli mahupun penjual rumah atau tanah dapat menghindarinya.

Keghairahan membeli rumah dan tanah membuatkan ramai menjadi mangsa penipuan broker haram sehingga menyaksikan kadar kerugian mangsa mencecah hingga ratusan juta ringgit sepanjang tahun lalu.

Berdasarkan statistik pihak berkuasa, jumlah kerugian mangsa yang ditipu dalam kategori pelaburan dan pinjaman tidak wujud melebihi RM139 juta sepanjang tahun lalu dan ia turut meliputi kes pembeli dan penjual rumah serta tanah.

Lebih mengejutkan, hanya dalam tempoh dua bulan pertama tahun ini sahaja, kadar kerugian mangsa yang ditipu sudah mence­cah hampir RM23 juta bagi dua kategori tersebut yang turut melibatkan urus niaga membeli dan menjual hartanah.

Menurut Presiden Institut Ejen-ejen Hartanah Malaysia (MIEA), Siva Shanker, antara punca utama senario itu berlaku adalah kerana sikap serta tahap kesedaran rendah penjual serta pembeli itu sendiri yang masih menggunakan khidmat ejen tidak berdaftar atau dikenali dengan broker haram.

“Ramai orang tidak ambil peduli kepada siapa mereka menjual atau membeli rumah dan tanah. Apa yang penting mereka dapat membeli atau menjual mereka dan ko­nonnya urus niaga mereka dapat dijalankan dengan mudah walhal pada akhirnya mereka ditipu,” katanya kepada Utusan Malaysia baru-baru ini.

Mengulas lanjut, Shanker berkata, kebanyakan kes melibatkan broker haram melarikan wang deposit pembeli termasuk penjual rumah dan tanah.

“Kebiasaannya wang deposit penjualan rumah dan tanah yang diminta adalah antara dua hingga tiga peratus daripada nilai harta­nah.

“Andaikan nilai rumah itu RM1 juta, maka deposit yang akan diminta oleh broker atau ejen adalah sebanyak RM30,000, bayangkan kalau sepuluh mangsa ditipu, broker haram itu mampu meraih RM300,000,” ujarnya.

Justeru beliau berkata, tidak mustahil broker haram mampu mengaut keuntungan besar hasil memperdaya mangsa mereka yang cetek dalam soal urus niaga pembelian dan penjualan hartanah.
Tambahnya, melarikan deposit merupakan kes penipuan paling banyak yang diterima kepada Lembaga Penilai, Pentaksir dan Ejen Hartanah Malaysia (LPPEH).

“Setiap bulan pihak lembaga menerima hampir 80 aduan, namun kita percaya jumlah itu lebih tinggi kerana ramai yang tidak tampil membuat laporan,” katanya.

Sehubungan itu, beliau menyeru agar orang ramai mendapatkan khidmat agensi hartanah berdaftar serta perunding hartanah berdaftar bagi mengelakkan daripada terus menjadi salah seorang mangsa sekali gus menjadi penyumbang kepada kadar statistik penipuan di negara ini.

“Mereka (broker haram) ini sudah bermaharajalela, mereka bebas melakukan apa sahaja kerana tidak terbatas dengan sebarang garis panduan, undang-undang ataupun syarat.

“Jika disamakan dengan bidang perubatan, mereka ini ibarat bomoh atau dukun, tidak bertauliah dan boleh buat sesuka hati sedangkan tidak membantu merawat pesakit berbanding doktor mereka ada garis panduan untuk beri rawatan yang pastinya ada keputusan,” katanya

Apa yang saya boleh simpulkan di sini daripada petikan ahkbar utusan, tidak semua broker yang menipu owner dan ada juga broker yang sudah dikenali dan digunapakai oleh owner untuk mempercepatkan penjualan hartanah mereka, sebab lawyer sendiri masih terima berurusan dengan broker-broker ni.

Kalaulah salah disisi undang-undang sekalipun menggunakan broker, mengapa lawyer masih menerima berurusan dengan broker. Cuma dari sudut yang kita perlu hati-hati ketika meletakkan deposit 3%.

Cuma langkah yang sangat selamat, owner yang tidak ada pengalaman dalam proses jual beli saya sangat sarankan supaya menggunakan khidmat agen yang berdaftar di bawah ajensi yg dipercayai, agar segala urusan penjualan berjalan dengan lancar dan selamat.


PENGURUSAN HARTANAH

About PENGURUSAN HARTANAH -

Author Description here.. Nulla sagittis convallis. Curabitur consequat. Quisque metus enim, venenatis fermentum, mollis in, porta et, nibh. Duis vulputate elit in elit. Mauris dictum libero id justo.

Subscribe to this Blog via Email :