Friday 4 March 2016

PENGURUSAN HARTANAH

Kerajaan Ingin Mengawal Harga Hartanah disebabkan Ramai Penjawat Awam Tidak Mampu Membeli Rumah


Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Di Dalam Perkhidmat­an Awam (CUEPACS), Datuk Azih Muda berkata, jumlah itu merupakan peratusan kasar yang diperoleh daripada kajian awal terhadap penjawat awam.

Menurut beliau, kajian mendapati kebanyakan daripada mereka sangat berminat memiliki kediaman sendiri tetapi tidak mampu dan tidak berpeluang membelinya berikutan beberapa faktor seperti harga terlalu mahal dan rumah yang dibina jauh dari tempat kerja.
“Apabila tiada rumah, mereka hanya mempunyai dua pilihan sama ada tinggal bersama keluarga atau perlu menyewa.

“Oleh itu, kita mahu kerajaan mengkaji semula Dasar Perumahan Negara 2011 yang dilihat tidak bersesuaian de­ngan masa sekarang,” ka­tanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Semalam, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi bersetuju bahawa sudah sampai masanya untuk kerajaan campur tangan dalam mengawal dan menentukan harga rumah yang kini melambung tinggi.

Katanya, kerajaan perlu me­ng­ambil maklum desakan rakyat yang mahu campur tangan berlaku dan tidak membiarkan sepenuhnya kepada kuasa pasaran kerana harga rumah semasa tidak mampu dibeli golongan berpendapatan rendah.

Sementara itu, Azih berkata, pihaknya bersama Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa) telah menyerahkan Resolusi Konvensyen Perumahan Penjawat Awam 2016 kepada Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr. Ali Hamsa bagi membolehkan penjawat awam dan anggota koperasi memiliki kediaman ma­sing-masing.

“Kita percaya bahawa rumah yang selesa dan mampu untuk di­diami merupakan hak keperluan semua bagi menjamin kesejahteraan hidup.

“Kita berharap kerajaan akan mengambil tindakan sewajarnya bagi mengawal harga rumah dan membuat perlu membuat penyusunan semula dasar sebagai persediaan menjelang negara maju 2020,” katanya.

PENGURUSAN HARTANAH

About PENGURUSAN HARTANAH -

Author Description here.. Nulla sagittis convallis. Curabitur consequat. Quisque metus enim, venenatis fermentum, mollis in, porta et, nibh. Duis vulputate elit in elit. Mauris dictum libero id justo.

Subscribe to this Blog via Email :