Friday, 11 March 2016

PENGURUSAN HARTANAH

Garis Panduan Membeli Rumah Lelong, Mesti Baca!!!


Panduan Membeli Rumah Lelong :


Dek kerana harga rumah yg terlalu mahal dewasa ini, ramai yg mula menimbangkan utk membeli rumah lelong sebagai jalan alternatif bagi memiliki kediaman sendiri terutamanya di kawasan bandar-bandar besar. Harga rumah lelong yg lebih murah berbanding dgn harga rumah sebenar menyebabkan ramai yg begitu berminat untuk membeli rumah lelong.
Namun sebelum membeli rumah lelong, adalah penting utk para pembida mengetahui maklumat-maklumat asas yg perlu diambil kira sebelum hadir ke tempat bidaan, semasa bidaan berlangsung dan proses yg perlu disiapkan selepas drp bidaan tamat.

Apa Itu Rumah Lelong??

Rumah Lelong wujud kerana pemilik terdahulu rumah tersebut gagal utk menjelaskan bayaran pinjaman kpd pihak Bank seperti mana yg tertakluk di dlm perjanjian asal pinjaman kewangan atau "loan agreement" bagi membiayai pembelian rumah tersebut.
Ramai di antara kita yg beranggapan rumah lelong ini hanyalah terdiri drp rumah kos rendah, apartment dan rumah teres sahaja. Hakikatnya, rumah lelong ini boleh didapati dalam pelbagai jenis rumah, tidak semestinya rumah-rumah teres biasa sahaja malah terdapat juga rumah bertaraf banglo dan villa yg turut menjadi status lelong.
Kegagalan pengurusan kewangan secara sistematik telah menyebabkan aset besar seperti rumah ini bertukar status kepada rumah lelong. Selain drp kegagalan pemilik rumah tersebut menjelaskan bayaran bulanan rumah, rumah lelong juga boleh terjadi apabila pemilik asal rumah tersebut diisytiharkan sebagai muflis atau bankrap oleh pihak mahkamah.

Proses Utk Membeli Rumah Lelong:
1. KENAL PASTI RUMAH dan kawasan yang ingin dibeli. Periksa dan kenal pasti berapa harga pasaran rumah di kawasan tersebut. Sebagai contoh, market value utk Apartment A ialah RM150k dan harga rizab bagi jualan rumah lelong Apartment A pada RM80k, maka apartment lelong sebegini boleh dipertimbangkan utk dibeli.

2. Ambil masa dan lakukan sesi LAWATAN atau "SITE VISIT". Pastikan rumah tersebut berbaloi utk dibeli. Pastikan tiada kerosakan major yg akan menelan belanja ribuan ringgit utk dibaiki.
Sekiranya ada kerosakan minor, cuba anggarkan kos pembaikian tersebut dan jika kos tersebut tidaklah terlalu besar atau tinggi, maka rumah lelong tersebut masih boleh dipertimbangkan utk dibeli.
Sekiranya ada accessory tambahan seperti aircond, kitchen cabinet, built-in wardrobe dsb, ini adalah bonus utk pembeli rumah lelong tersebut.

3. Lakukan CARIAN HARTANAH di Pejabat Tanah/ Pemaju semasa sesi lawatan atau "side visit" tersebut. Carian persendirian ke atas geran atau hak milik rumah tersebut boleh dilakukan di pejabat tanah untuk mendapatkan maklumat lanjut berkenaan rumah tersebut.
Carian hartanah bermaksud memeriksa tentang status pemilikan sesuatu hartanah bagi mengetahui tentang perkara-perkara berikut:
i) Pemilik berdaftar
Pembeli perlu tahu pemilik berdaftar supaya ianya sama dengan butir-butir yang tercatat di dalam Pengisytiharan Jualan
ii) Nombor hakmilik / Geran
Butir-butir tentang nombor geran atau hakmilik mestilah sama dengan butir-butir yang tercatat di dalam Pengsiytiharan Jualan (dokumen seperti perjanjian jual beli yang mengandungi butiran pemilik, penggadai, hartanah dan syarat-syarat dan terma-terma jualan lelong) atau Proclamation of Sale (POS).
iii) Bebanan atau Encumbrances
Bebanan bermaksud tanggungan yang wujud atas hartanah tersebut seperti kaveat2 (instrumen yang dimasukkan oleh orang yang berkepentingan ke atas tanah tersebut bagi menghalang urusan pindahmilik, cagar gadai dan sebagainya. Urusan jual beli atau pindah milik hartanah tersebut hanya boleh dibuat sekiranya kaveat itu ditarik balik atau pengkaveat memberi surat kebenaran. gadaian, pajakan dan sebagainya).
Jika sesuatu hartanah itu mempunyai kaveat yang dimasukkan oleh individu yang tidak dikenali (bukannya pemilik berdaftar atau pihak Bank) maka mungkin hartanah itu mempunyai masalah tertentu.
iv) Sekatan kepentingan
Ianya bermaksud wujud sekatan untuk memindah milik atau mencagar atau menggadai rumah tersebut. Biasanya rumah yang mempunyai sekatan kepentingan ini adalah rumah yg dibina di atas tanah yang dimiliki oleh kerajaan negeri atau tanah pajakan.
Sekiranya melibatkan apartment lelong atau rumah flat, anda juga boleh pergi ke Management Office untuk mengetahui berapakah bayaran maintainance yg tertunggak. Cuba dapatkan bil air dan bil api bagi kediaman tersebut.

4. Dapatkan Proclamation Of Sale (POS) / Pengisytiharan Jualan
seperti yg diiklankan di surat khabar, atau daripada pelelong berlesen spt Ng Chan Mau Auctioner, Ehsan Auctioner. POS ini juga ada kalanya diiklankan di website berbayar.
Call pelelong tersebut utk mendapatkan maklumat yg anda tidak faham atau jelas di dalam POS tu. Berikut adalah maklumat penting yg perlu anda teliti:
i) Jumlah bayaran bank draft yg perlu disediakan dan dibawa semasa hari bidaan samaada 5% atau 10% drp harga rizab rumah lelong tersebut (bergantung kpd pihak Bank, ada sesetengah Bank yg meletakkan 5% dan ada sesetengah Bank 10%)
ii) Adakah Bank akan menanggung tunggakan bil?
Tunggakan bil ini termasuklah maintenance fees (bagi rumah lelong jenis condo, apartment, dan flat), cukai tanah, cukai pintu, Indah Water, bil elektrik dan bil Air.
Jikalau di dalam syarat-syarat jualan ditulis pihak Bank akan menanggung kesemua bil-bil tertunggak, maka pembeli tidak perlu membuat carian kerana kesemua jumlah tunggakan tersebut akan dijelaskan oleh pihak Bank.
Ada juga syarat-syarat jualan yang menyatakan pihak Bank hanya akan menanggung cukai tanah dan cukai pintu sahaja.
Ada juga syarat jualan yang menyatakan pihak Bank langsung tidak akan menanggung sebarang jenis tunggakan bil-bil rumah lelong tersebut.
Sekiranya ada syarat yg sebegini, maka para pembeli diingatkan agar membuat carian ke atas rumah lelong yg ingin dibeli bagi memastikan jumlah tunggakan bil-bil rumah lelong tersebut tidak akan menambah kos anda.
iii) Tempoh Penyelesaian (“Completion date”).
Para pembeli atau pembida rumah lelong juga perlu memastikan tentang tempoh bayaran penyelesaian atau "completion date" kpd pihak Bank pelelong sama ada 90 hari (3 bulan) atau 120 hari (4 bulan). The longer completion date being given by the Bank is the better.
iv) Perlukan Surat Kebenaran utk proses pindah milik nama ataupun tidak?
Jikalau anda tidak sempat membuat carian ke atas rumah lelong tersebut, anda perlu bertanyakan kepada pelelong soalan ini.
Keperluan utk mendapatkan surat kebenaran bagi proses pindah milik ini akan memakan masa dan kadang kala boleh melambatkan proses pertukaran nama daripada pemilik asal rumah lelong kpd pembida atau pembeli rumah lelong tersebut.
v) Bayaran penyelenggaran atau Maintenance Fees
Ada Bank yang menanggung bayaran penyelenggaraan sehingga tarikh lelong dan ada juga Bank yang tidak akan menanggung sebarang tunggakan maintenance fees tersebut.
Para pembeli diingatkan utk merujuk syarat jualan. Sekiranya Bank tidak menanggung tunggakan maintenance fees ini, ianya amat berisiko jikalau yuran penyelenggaraannya tinggi.
Biasanya bagi hartanah lelong yuran penyelenggaraannya tidak
pernah dibayar.
Sekiranya tunggakan selama 5 tahun tidak dibayar, katakan sebulan maintenance fees adalah RM70
maka jumlah tunggakan keseluruhan ialah:
(70 X 12 bulan x 5 tahun = RM4,200)!
Jumlah tunggakan yg tinggi sebegini pastinya akan menambah kos ke dlm pembelian rumah lelong tersebut.

5. Apabila sudah jelas dgn perkara-perkara di atas, barulah proceed dgn pembelian BANK DRAF mengikut jumlah yang ditentukan; sama ada 5% atau 10% daripada harga rizab rumah.
Tulis bank draf atas nama bank seperti yg dinyatakan di dalam POS itu. Pastikan ejaan nama Bank itu betul dan tepat.

6. Pembida/ wakil/ agen perlu juga menyediakan duit CASH atau card kredit bagi membayar perbezaan harga atau differential sum pada hari bidaan tersebut.
Misal kata harga rumah adalah RM100k. Bank draft RM10k (10% drp harga rizab rumah)
Sekiranya ada pembida lain yg turut sama membida bagi mendapatkan rumah tersebut pada hari bidaan dibuat, maka setiap kali bidaan dibuat harga rumah akan meningkat RM2k.
Sekiranya ramai pembida lain yg turut membida rumah tersebut dan harga akhir lelongan rumah itu menjadi RM120k, maka beza harga yg perlu dijelaskan pada hari bidaan tersebut ialah RM2k
10% drp RM120k = RM12k.
Jumlah bank draft yg telah disediakan adalah RM10k
Perbezaan harga yg perlu dibayar adalah:
RM12k - RM10k = RM2k lagi yg perlu dibayar tunai pada hari bidaan itu dibuat.

7. Pada hari lelongan, pembida hendaklah membawa SALINAN IC dan bank draf. Semasa tiba di kaunter, register nama anda dengan menyerahkan bank draf dan salinan ic.
Bagi pembida yg hadir bagi pihak pembeli lain, surat wakil hendaklah diserahkan di kaunter pendaftaran.

8. TENTUKAN TARGET harga mengikut kesesuaian dan sebelum masuk ke bilik lelongan. Lakukan bidaan mengikut limit anda dan jgn sesekali meneruskan bidaan sekiranya harga rizab rumah tersebut sudah mencecah ke jumlah yg terlalu tinggi atau melebihi harga pasaran.
Ingat, tujuan anda membeli rumah lelong adalah utk mendapatkan rumah tersebut pada harga yg lebih rendah drp harga pasaran.

Berikut kami list kan tips membeli rumah lelong yg WAJAR DIELAK:

1. Yuran Penyelenggaraan Terlalu Banyak
Jika Bank tidak menanggung tunggakan maintenance fees rumah tersebut, pembeli dinasihatkan utk mencari hartanah yang lain.
Kami pernah mengendalikan satu kes dimana yuran penyelenggaraan tertunggak berserta pelbagai caj lain yang dikeluarkan oleh pihak pemaju mencecah RM15,000.
Hartanah tersebut dilelong oleh pihak Bank pada harga RM40,000.
Bayangkan jika ditolak harga jualan dengan yuran penyelenggaraan maka Bank hanya akan memperolehi RM25,000 sahaja. Sehingga ke tarikh ini, pihak Bank masih belum menjelaskan yuran
penyelenggaraan tertunggak tersebut kepada pihak pemaju dan
kes ini masih lagi tergantung (proses pindah milik drp pemaju kpd pembeli baru tidak dpt disempurnakan)

2. Rumah Yang Hendak Dibeli Didiami Oleh Pemilik Asal
Jika anda mendapati rumah yang hendak anda beli itu didiami oleh pemilik asal rumah tersebut yang jenis keras kepala, eloklah anda beralih ke hartanah yg lain kerana ianya akan menyukarkan anda setelah proses jual beli rumah lelong selesai utk memastikan pemilik asal rumah tersebut pindah keluar drp rumah tersebut.
Ada sesetengah pembeli yg terpaksa bergaduh dengan pemilik asal dan membelanjakan wang sendiri sehingga RM2k untuk mendapatkan perintah Mahkamah bagi mengosongkan premis tersebut.
Pembeli rumah lelong tersebut terpaksa rugi beberapa bulan
kerana rumah yg dibelinya tidak dapat disewakan atau didiami akibat keenganan penghuni rumah asal untuk berpindah keluar
dari rumah tersebut.

3. Pemaju Sudah Tidak Wujud
Bagi hartanah yang belum dikeluarkan hakmilik individu atau hakmilik strata, jika anda dapati pemaju sudah tidak wujud, eloklah diselidik dahulu atau tinggalkan sahaja niat utk membeli hartanah itu.
Pemaju yang telah digulungkan syarikatnya akan menyukarkan anda utk membeli hartanah lelong kerana syarikat tersebut telah diambil alih oleh liquidator.
Kelulusan daripada liquidator bagi proses pindah milik nama rumah tersebut biasanya mengambil masa yang agak lama dan berkemungkinan ketika anda mendapat kelulusan drp liquidator, completion date yg diberikan oleh pihak Bank pelelong rumah tersebut telah tamat.
Gagal menjelaskan balance of purchase price rumah lelong akan menyebabkan deposit yg telah anda bayar kpd Bank pelelong pada tarikh lelongan dibuat hangus dan tidak akan dikembalikan oleh pihak Bank pelelong.

4. Kebenaran Dari Pemaju Tidak Diperolehi
Bagi rumah yang tidak mempunyai hakmilik individu atau hakmilik strata, pihak peguam yang hendak melelong diwajibkan untuk mendapatkan kebenaran dari pihak pemaju terlebih dahulu supaya memudahkan pembelian oleh pembeli yang baru.
Kami pernah berhadapan dgn satu kes dimana peguam yg bertindak bagi pihak Bank pelelong tidak mendapatkan
surat kebenaran pemaju telah melelong hartanah tersebut tetapi pemaju enggan memberikan kebenaran.
Apa yg perlu dilakukan oleh pembeli rumah lelong tersebut? Completion Date atau tempoh penyelesaian terus berjalan.
Jika kes begini, pembeli tiada jalan lain melainkan membuat permohonan ke Mahkamah bagi mendapatkan perintah agar pemaju berkenaan memberikan kebenarannya (kos guaman bagi medapatkan perintah Mahkamah ini perlu ditanggung oleh pembeli dan ini akan menambahkan jumlah kos rumah lelong tersebut)
Jika tidak, Mahkamah mempunyai kuasa untuk menandatangani apa-apa dokumen untuk memberi kesan perpindahan ke atas
hakmilik hartanah tersebut.

~Moga Bermanfaat~

cc:Messr. Azimah Azalia & Co

Read More

Tuesday, 8 March 2016

PENGURUSAN HARTANAH

Hotel Address Downtown Terbakar!


SYARIKAT gergasi hartanah Dubai, Emmar Properties berjanji akan memperbaiki kerosakan yang dialami oleh Hotel Address Downtown akibat kebakaran pada malam sambutan ambang tahun baharu 2016.

Menurut Pengerusinya Mohamed Alabbar, syarikatnya berazam untuk mengembalikan kemashyurannya, serta mengatasi standard seni binaan bangunan yang mengagumkan.

"Jadual kerja dan perancangan lanjut akan dikongsi sebaik sahaja ia dimuktamadkan," katanya.

Satu kebakaran besar melanda Hotel The Adress Downtown beberapa jam sebelum sambutan tahun baru bermula di negara itu.

Sejumlah 16 orang dilaporkan mengalami kecederaan.

Bagaimanapun, Alabbar tidak memberikan sebarang maklumat berkaitan punca kebakaran tersebut.

"Pasukan keselamatan sedang menyiasat punca kebakaran," kata pihak berkuasa Dubai.



Read More
PENGURUSAN HARTANAH

Perlu Ambil Perhatian Bagi Pelabur Hartanah

KUALA LUMPUR:
Walaupun pasaran hartanah Malaysia dijangka akan lebih mencabar dengan kadar aktiviti jual beli yang sederhana tahun ini, namun ini merupakan masa yang baik bagi pelabur untuk membuat pelaburan dalam sektor itu.

Menurut pengerusi eksekutif syarikat perunding hartanah, Rahim & Co., Tan Sri Abdul Rahim Abdul Rahman, bagi pelabur hartanah yang mempunyai modal, mereka disaran melakukan lebih banyak pelaburan dan mengelak dari bersikap 'tunggu dan lihat'.

Jelasnya, ini kerana keadaan ekonomi ketika ini memberi beberapa kelebihan kepada pelabur tempatan dan juga asing untuk lebih aktif melabur dalam pasaran hartanah negara.

"Bagi pelabur tempatan, apa yang dapat saya katakan ketika ini adalah harga rumah tidak akan naik untuk beberapa tempoh dan sekiranya ia naik, ia akan meningkat secara perlahan.

"Tambahan pula, jika dibandingkan dengan pasaran hartanah di bandar-bandar besar di dunia, pasaran negara ini jauh lebih murah. Walaupun mungkin pulangan hanyalah tiga ke empat peratus jika ia disewakan, prospek peningkatan modal tetap ada," katanya dalam temubual ekslusif bersama Astro AWANI pada pembentangan unjuran pasaran hartanah Malaysia baru-baru ini dekat sini.

Abdul Rahim berkata, bagi pelabur asing sudah tentu merekalah yang akan memperoleh manfaat daripada nilai matawang ringgit yang rendah.

"Bayangkan warga Singapura yang ingin membeli hartanah pada nilai RM1 juta di Malaysia, hanya perlu mengeluarkan modal sebanyak $300 ribu duit mereka, harga yang mustahil untuk mereka peroleh di negara sendiri. Perkara yang sama juga bagi pelabur dari negara lain seperti Amerika Syarikat, China, Eropah dan lain-lain kerana mempunyai kelebihan dari segi nilai matawang," ujarnya.

Sehubungan itu, beliau menyarankan agar pemaju hartanah menjalankan lebih banyak kempen bagi menarik pelabur untuk melabur di negara ini.

cc: Sumber Daripada astro awani
Read More

Friday, 4 March 2016

PENGURUSAN HARTANAH

Kerajaan Ingin Mengawal Harga Hartanah disebabkan Ramai Penjawat Awam Tidak Mampu Membeli Rumah


Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Di Dalam Perkhidmat­an Awam (CUEPACS), Datuk Azih Muda berkata, jumlah itu merupakan peratusan kasar yang diperoleh daripada kajian awal terhadap penjawat awam.

Menurut beliau, kajian mendapati kebanyakan daripada mereka sangat berminat memiliki kediaman sendiri tetapi tidak mampu dan tidak berpeluang membelinya berikutan beberapa faktor seperti harga terlalu mahal dan rumah yang dibina jauh dari tempat kerja.
“Apabila tiada rumah, mereka hanya mempunyai dua pilihan sama ada tinggal bersama keluarga atau perlu menyewa.

“Oleh itu, kita mahu kerajaan mengkaji semula Dasar Perumahan Negara 2011 yang dilihat tidak bersesuaian de­ngan masa sekarang,” ka­tanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Semalam, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi bersetuju bahawa sudah sampai masanya untuk kerajaan campur tangan dalam mengawal dan menentukan harga rumah yang kini melambung tinggi.

Katanya, kerajaan perlu me­ng­ambil maklum desakan rakyat yang mahu campur tangan berlaku dan tidak membiarkan sepenuhnya kepada kuasa pasaran kerana harga rumah semasa tidak mampu dibeli golongan berpendapatan rendah.

Sementara itu, Azih berkata, pihaknya bersama Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa) telah menyerahkan Resolusi Konvensyen Perumahan Penjawat Awam 2016 kepada Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr. Ali Hamsa bagi membolehkan penjawat awam dan anggota koperasi memiliki kediaman ma­sing-masing.

“Kita percaya bahawa rumah yang selesa dan mampu untuk di­diami merupakan hak keperluan semua bagi menjamin kesejahteraan hidup.

“Kita berharap kerajaan akan mengambil tindakan sewajarnya bagi mengawal harga rumah dan membuat perlu membuat penyusunan semula dasar sebagai persediaan menjelang negara maju 2020,” katanya.

Read More

Sunday, 28 February 2016

PENGURUSAN HARTANAH

JANGAN TUNGGU 2 TAHUN LAGI, NANTI MENYESAL

Berbagai  Pendapat, Macam-Macam Komen. Bila Bercakap Tentang Prospek Beli Rumah, Memang tak Pernah Habis. Ada 'Pakar Ekonomi' yang Kata Tunggu Dua tahun, Sementara Mereka yang Biasa Terlibat Dalam Urusan Jual-Beli Rumah Pula Kata Bila-Bila Masa pun Sesuai Beli Rumah Kerana Harga Susah Nak J
atuh.

Abang Ohsem, macam lelaki average lain faham macam mana peritnya rasa bila mula merancang untuk beli rumah. Sudahlah harga melambung tinggi, majoriti yang berharga RM300,000 ke bawah pula terletak nun jauh di ceruk macam di Puncak Alam dan Tasik Puteri, Rawang-antara contoh lokasi yang cuma ada satu-dua jalan keluar masuk hingga menyebabkan 'jem melekat' waktu nak keluar dan balik dari kerja.

Ramai yang setuju dan ramai juga yang kurang setuju dengan cadangan Profesor Dr Hoo Kee Ping, Penganalisis Politik & Ekonomi yang cadangkan anak-anak muda beli rumah 2 tahun lagi masa harga rumah jatuh. Jangan beli sekarang, mahal dan banyak rumah tak laku, katanya. Masalahnya, benarkah rumah-rumah yang dibina sekarang tak laku? Mana buktinya?

Untuk lelaki yang dah berkahwin dan ada anak, keutamaan kita pastinya menyediakan rumah yang baik untuk kita tinggal bersama keluarga. Persoalannya sekarang untuk lelaki yang belum ada rumah, nak beli sekarang atau tunggu dua tahun?

Berikut adalah petikan komen daripada beberapa pakar perunding hartanah tentang isu 'beli rumah atau tunggu 2 tahun' ini. Baca, hadamkan dan fikir kenapa anda tak perlu tunggu 2 tahun lagi untuk beli rumah:

- Harga hartanah kategori mass-market di Malaysia susah nak jatuh. Kalau anda refer kepada carta harga hartanah yang saya lampirkan, nilai hartanah naik SETIAP TAHUN semenjak tahun 2000.

- Purata umur populasi Malaysia sekarang adalah kurang dari 30 tahun. Cuba tengok kawan-kawan yang berumur 30 tahun, mereka sudah ada hartanah atau masih menyewa? Bila majoriti penduduk Malaysia bawah 30 dan belum ada hartanah, anda rasa harga hartanah kategori mass market akan jatuh tak?

- Sentimen pelaburan 2015 memang teruk, dan jumlah mereka yang beli hartanah dijangkakan akan lebih rendah berbanding tahun 2013 dan 2014. Bila ramai tak beli, inilah peluang untuk kita beli sebab penjual akan jadi lebih mesra-pembeli dan memberikan lebih banyak diskaun.
Read More

Saturday, 27 February 2016

PENGURUSAN HARTANAH

Analisis Punca Hartanah Melambung

KUALA LUMPUR 19 Dis. - Pengenaan kadar faedah yang rendah untuk pembiayaan perumahan oleh pihak bank didakwa menjadi punca utama nilai hartanah melambung tinggi sehingga berada di luar kemampuan rakyat negara ini.

Ketika ini kebanyakan bank menawarkan kadar faedah pada purata empat peratus untuk membiayai rumah kediaman.

Bekas Ketua Pengarah Penilaian, Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta, Kementerian Kewangan, Mani Usilappan berkata, kadar faedah yang rendah ini menyebabkan permintaan terhadap rumah semakin meningkat melebihi keperluan lalu melonjakkan nilainya.

"Kadar persaingan yang tinggi ini menyaksikan golongan berpendapatan sederhana dan rendah akan gagal menyaingi golongan berpendapatan tinggi daripada aspek kuasa membeli.

"Ini menyebabkan golongan kaya mengambil kesempatan dengan membeli lebih daripada sebuah rumah dan sekali gus menutup peluang golongan lain," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Mani berkata, pemaju hartanah swasta ketika ini juga mengambil kesempatan meletakkan harga hartanah mereka berdasarkan harga pasaran bukan harga kos.

"Oleh sebab terdapatnya, permintaan yang tinggi menyebabkan mereka berani meletakkan harga hartanah jauh mengatasi nilai sebenar dan tetap mampu menjualnya kerana faktor faedah yang rendah tadi.

"Contohnya, rumah di Bangsar mampu dijual dengan harga RM1 juta, maka pemaju hartanah yang lain akan meletakkan harga yang sama atau lebih dari itu.

"Keadaan yang berterusan ini akan menyebabkan harga hartanah dan rumah khususnya di kawasan bandar terus meningkat tanpa kawalan," jelasnya.

Beliau yang juga Ahli Jawatankuasa Eksekutif Persatuan Penilai, Pengurusan Harta Ejen Harta dan Perunding Harta Swasta (PEPS) mendakwa kenaikan harga tersebut boleh menyumbang kepada kenaikan kadar inflasi negara.

"Kadar faedah yang rendah untuk pembiayaan perumahan memang baik tetapi ia bertukar menjadi negatif apabila diambil kesempatan oleh golongan tertentu.

"Inflasi pasti berlaku jika nilai hartanah melebihi kemampuan rakyat. Ini kerana pendapatan rakyat tidak berubah tetapi kos hidup terus meningkat setiap tahun," ujarnya lagi.

Mani mencadangkan agar undang-undang pemilikan hartanah negara perlu diperbaharui secepat mungkin dan jika masalah ini dibiarkan berlarutan rakyat khasnya berpendapatan rendah pasti menerima nasib yang buruk.

Katanya, kerajaan tidak boleh mengharapkan pihak pemaju swasta untuk membangunkan rumah mampu milik kerana ini sebenarnya tanggungjawab mereka.

"Undang-undang baharu perlu diwujudkan agar pengagihan dan pemilikan hartanah dapat dilakukan secara adil, sekurang-kurangnya seorang warganegara mampu memiliki sebuah rumah," tegasnya.

Menurut Mani, satu lagi masalah yang melanda industri hartanah negara adalah diskriminasi terhadap pemilihan lokasi bagi pembinaan rumah jenis kos sederhana rendah dan rendah.

Katanya, hampir semua projek rumah tersebut ditempatkan jauh dari pusat bandar dan langsung tidak mempunyai kemudahan pengangkutan awam yang baik perhubungan dengan pusat bandar.

"Kita sedia maklum, pemilik rumah jenis berkenaan adalah daripada golongan berpendapatan rendah, maka kos hidup mereka pasti meningkat jika membeli rumah jauh dari lokasi bekerja.

"Faktor ini juga yang menjadikan rumah yang sepatutnya mempunyai nilai di bawah RM100,000 di kawasan bandar khasnya di Kuala Lumpur melambung ke paras yang tidak masuk akal," jelasnya lagi.

Sementara itu, Pengarah firma penilai hartanah, VPC Malaysia, James Wong pula menyarankan kerajaan membuka lebih banyak kawasan baharu untuk pembangunan hartanah khasnya di sekitar Lembah Klang untuk mengatasi masalah peningkatan nilai hartanah melebihi kemampuan rakyat.

Selain itu, insentif yang lebih mesra golongan berpendapatan sederhana dan rendah perlu diperbanyakkan serta dipermudah bagi memudahkan proses pemilikan hartanah seperti rumah, katanya.

Wong menyetujui bahawa penyediaan rumah mampu milik untuk golongan terbabit adalah menjadi tanggungjawab kerajaan yang memerintah bukannya pemaju hartanah.

Katanya, ketika ini negara berdepan dengan masalah pemilikan rumah di kalangan golongan muda terutamanya dalam penyediaan bayaran permulaan dan juga kelulusan pembiayaan bank.

"Purata harga rumah di Lembah Klang adalah sekitar RM200,000 hingga RM400,000 bergantung kepada lokasi dan saiz rumah berkenaan.

"Purata gaji golongan profesional muda sekitar RM2,000 hingga RM3,000 sebulan sahaja dan amat sukar untuk melepasi syarat kelayakan yang ditetapkan pihak bank untuk memohon pembiayaan," katanya.

Wong berkata, kerajaan baru-baru ini telah memperkenalkan skim pinjaman penuh bagi pembiayaan perumahan bagi golongan muda bagi mengatasi masalah terbabit.

Selain itu, perancangan kerajaan untuk melahirkan rakyat berpendapatan tinggi pada 2020 juga dilihat mampu mengatasi masalah ini pada masa depan, tambah beliau.

Petikan Daripada Utusan Malaysia

Read More
PENGURUSAN HARTANAH

7 Cara Untuk Tahu Sesebuah Hartanah Itu Bernilai Untuk Beli Atau Tidak


Rumah yang bakal anda beli mempunyai kemudahan pusat beli belah yang berhampiran. Bukan sahaja rumah anda akan bernilai tinggi, malah harga sewa juga tinggi kerana rumah yang terletak berdekatan pusat membeli belah seperti Jusco, Tesco dan lain lain co, memudahkan penyewa anda membeli barang keperluan dengan senang-lenang.

Cara 2: Berhampiran dengan lebuh raya

Ramai antara kita mengambil mudah faktor lebuh raya ini. Untuk pengetahuan, rumah yang berhampiran dengan lebuh raya lebih disukai pembeli dan juga penyewa kerana lebih senang untuk mereka yang bekerja dengan mengunakan lebuh raya. Sekarang ini terdapat banyak lebuh raya di Lembah Klang dan juga lokasi yang berdekatan dengan pusat bandar Kuala Lumpur.

Cara 3: Institusi pengajian atau pusat latihan

Memang apabila kita sebut kolej atau universiti, ianya sangat berkait rapat dengan penyewa rumah dan rumah sewa yang tidak mencukupi. Anda boleh membayangkan bagaimana permintaan yang tinggi apabila musim kemasukan pelajar-pelajar  dan sebab itulah ada kebanyakan pelabur memanggil musim panas dan musim sejuk pelaburan hartanah.

Anda boleh membayangkan bagaimana permintaan yang tinggi apabila musim kemasukan pelajar-pelajar  dan sebab itulah ada kebanyakan pelabur memanggil musim panas dan musim sejuk pelaburan hartanah.
Cara 4: Radius 30 km

Teknik ini boleh di pakai jika anda mahu mencari rumah pelaburan sekitar bandar besar seperti Kuala Lumpur. Radius 30-40 km merupakan radius yang baik untuk pelabur hartanah kerana jarak yang tidak terlalu jauh sangat untuk penyewa atau pembeli mengunakan pengangkutan kereta mahupun motorsikal. Ini kerana pengangkutan awam di Malaysia belum mencapai tahap memuaskan dan menyeluruh ke lokasi-lokasi pinggir bandar besar.

Cara 5: Berhampiran sekolah, masjid/surau dan taman permainan

Rata-rata pembeli rumah berbangsa Melayu, mereka lebih gemar untuk membeli atau menyewakan rumah yang berhampiran dengan sekolah dan juga masjid/surau. Ini kerana mereka lebih gemar persekitaran yang memudahkan anak-anak mereka berjalan kaki ke sekolah. Bagi anda yang gemar untuk menyewakan rumah anda, carilah peluang peluang rumah yang menawarkan lokasi rumah berdekatan dengan sekolah, masjid dan surau.

Cara 6: Pengangkutan awam iaitu LRT/MRT

Memang tidak dapat disangkal lagi, hartanah yang berhampiran dengan laluan LRT ataupun laluan cadangan MRT bakal memberikan anda nilai hartanah yang tinggi jika anda memilikinya sekarang. Setiap kali saya berkongsi pandangan tentang hartanah yang berdekatan dengan LRT/MRT ialah anda akan lihat hasilnya bukannya 100% kenaikan atau keuntungan, ianya lebih daripada itu. Jika anda mempunyai masa terluang cuba bandingkan harga hartanah berdekatan LRT pada ketika tahun 2008-09 dan sekarang tahun 2013. Anda pasti terkejut!

Jika anda mempunyai masa terluang cuba bandingkan harga hartanah berdekatan LRT pada ketika tahun 2008-09 dan sekarang tahun 2013. Anda pasti terkejut!
Cara 7: Harga di bawah pasaran

Sudah tentu anda akan dapat keuntungan jika anda beli di bawah pasaran. Donald Trump selalu sebut, hartanah anda mendapat keuntungan ialah ketika anda membuat transaksi pembelian pada suatu ketika. Jadi cari hartanah di bawah harga pasaran.

Bonus hari ini:

Sebelum beli rumah pelaburan anda, anda mesti kira berapa peratus keuntungan anda, ROI, Return of investment. Kira berapa peratus keuntungan anda , ROI:-

A. Hasil sewa kasar setahun

Cth: harga beli Rumah RM 240,000.00, dan sewakan Rumah tersebut dengan sewa RM1500 sebulan, dan perbelanjaan selengara Rumah dalam RM3000 setahun.
Hasil sewa kasar : RM1500 x 12 / RM 240,000 x 100 = 7.5 % setahun
 B. Hasil sewa bersih setahun,
(Hasil sewa tahunan – Perbelanjaan Rumah ) / Harga Rumah X 100 = Pe
(RM 1500 x 12 ) – RM 3000 / RM 240,000 x 100 = 5% setahun.
C. Hasil sewa bersih leverej ( bila kita pinjam other people money maksudnya bank) . Haaaa say I kalau nak tahu berapa peratus setahun keuntungan boleh dapat? ramai nak tahu bila kita pakai duit bank. Untung ke tak untung dengan harga Rumah RM 240,000.
Pinjaman pada bank ialah RM200,000. Faedah setahun yang dikenakan sekitar 4.2% setelah tolak BFR 2.2% daripada pinjaman ialah RM 8400.
Modal permulaan ialah (RM240,000 – RM200,000) = RM 40,000
Keuntungan :  (RM 1500 x 12 – RM 3000 – RM 8400) / RM 40,000 x 100 = 16.5%
Sampai di sini sahaja segmen ‘Scrutinous Saturday’ dan kita jumpa lagi pada minggu hadapan.

Anda bertanya dan saya menjawab di ruangan komen di bawah. Jika anda rasa artikel ini sangat baik, kongsikan dengan rakan rakan anda di facebook, twitter, google+ dan pinterest. Dapatkan ‘free preview’ buku Pelaburan Hartanah Tanpa Modal di SINI.

Sumber: Buku Pelaburan Hartanah Tanpa Modal – Saufi Karim, The Guardian, How To Be A Property Millionaire – Milan Doshi
Read More